NEL
Home > Resources > Bahan-bahan Buku Besar > Langkah Pengajaran

Langkah Pengajaran

Buku-buku besar dalam bahasa Inggeris dan ketiga-tiga bahasa Ibunda merupakan sebahagian daripada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran NEL yang telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan dan sudah dijalankan di tadika-tadika MOE. Bahan-bahan pengajaran ini mempunyai ciri-ciri Singapura dan menyokong perkembangan awal kanak-kanak berdwibahasa. Buku-buku besar ini dihasilkan sebagai bahan pengajaran untuk guru-guru tadika.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang buku-buku besar, sila rujuk FAQs di sini. Jika pusat tadika anda berminat untuk berkongsi sebarang idea tentang penggunaan buku besar dalam pengajaran dan pembelajaran, sila isi borang yang disediakan dan kami akan menghubungi anda. 

Klik di sini untuk mendapatkan bahan-bahan yang boleh membantu anda menggunakan buku-buku besar.

Langkah Pengajaran

Anda masih mencari cara yang terbaik menggunakan Buku Besar untuk membina kemahiran asas bahasa dan literasi kanak-kanak? Cubalah Pendekatan Membaca Bersama (Shared Book Approach atau SBA).
SBA menyarankan kepada guru-guru menggunakan Buku Besar untuk memberi kanak-kanak pengalaman yang menyeronokkan. SBA menggalakkan kanak-kanak mengambil bahagian secara aktif dan memperoleh kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!

Anda juga boleh menonton klip video di bawah ini untuk melihat cara SBA dijalankan.